..flashback!!..
Wednesday, April 13, 2011 ★ 9:36 PM │
jomla sekejap je bace entry ni.kite flashback semula qesah2 ketika di alam sekolah dulu..nak tak?
taknak takpe.qaseeh tak qesah.
assalamualaikum cik puan.cik adik.cik akak.cik abang.datin.dato'
korang pekaba.
qaseh shat.
korang maybe tak perasan kan yang kite melalui zaman persekolan je da hampir 12 tahun duk mengulang alik kesekolah.ni belom kire setahun da 365 hari..korang cubo lah kiro sendiri yo..agk2 ea bapo lak mase kite habis ke sekolah.balik sekolah.pastu petang2 ade lak koko. ha.ni blom campur yang duk aktif masuk sukan sana.masuk sukan sini. pastu dapatlak masuk wakil negeri. tula sape suruh dok gatai2 nak masuk.pastu tau lak duk merungut. ala penatla nak datang training petang ni. ntah hape hape.
pepagi je nak bangun awal2.qaseh tak awal la sebab sekolah rendah dulu sejengkal je
( pelawok la tu )
paling tak suke dok dengar cikgu duk membebel kat perhimpunan.cakap point sudahla. ni tidak duk berjela2. depa p berleter. nak tecabut segale urat yang ade dalam badan.
pastu. da habis perhimpunan. si makhluk berbaju merah pulak duk sesuke hati nak wat road block..kuku. name tag. sume nak cek..eleh macam la die tu bagus sangattt..hihi. c..jelas sudah qaseh bukan si mkhluk merah tapi biru..hihi. librian i like it. tapi pemalas gak bace buku qaseh ni. tapi tu dulu ye kawan2.
qaseh paling takut bile makcik nurse datang sekolah. yela die nak cek gigi la pastu nak enjet2 la..haish!!
yang geramnye tu bile takdatang harini.esok nye mereka tunggu lagi sampai la sume murid dapat rawatan mereka tu.
gosip!! erm.korang ingat gosip ni untuk artis je ke..ooh tidak ekceli dari budak hingusan lagi da pandai nak merekemen kan orang ni dengan orang tu.
suatu petang tu ade sibudak ni duk ngadu.badjet die pemesla..
si budak : ustazah.tengok die ni asik ejek saye dengan budak tu je..
utzah pon selamber lak tu jawab: pasni kalau die cakap camtu lagi kamu balas. aku taksuke die la aku suke ko.
haha.mau terkedu.tak tertelan air liur die.
jom sekolah menengah plak nak..
waktu orentasi..jeng jeng. sume senior badjet je.
bile kami lambat turun je mule la terjerit2 kat bawah tu. pastu duk kire2 la satu dua tiga..kirela sampai seribu pon takpe kak. tak heran.penat tau.dalam bilik air da la ramai. nak berebut2 mandi. pastu ade lak yang nak cop2 nye..ape ko hingat ni tandas kau yang punye..tapi tulah realitinye budak asrama. hari- hari nak terkejar2. tapi takde la sampai terkinja2 la kan.
eh korang agak2 sape yang azan tu? haha memasing mule la nak teka2 pakwe sape ek yang tengah azan tu.
sekali lagi ni la sbenanye realiti nye..kan2.
tibe waktu pose.sampai waktu buke pose mule lah banyak makhluk betol di koperasi tu. sume duk tak tahan duk melayan nafsu makan. sampai ber plastik2 kau beli.
pastu dah buke tak habis lak. membazir lak tu. tapi ade je duk nak sambung pas preb.
waktu preb pulak. letih wo dah la sharp pukol 3 kene kuar sume dari aspuri. mau tak terhongeh2.penat sangat.
erm pastu time riadah. ingat lagi time tu da kering idea nak men ape..mule la memasing mereflash back balik. ade yang maen sep tiang. maen getah. maen lubang tikusnye. maen seven up.macammacam.
sudah latu penatla nak cite qesah qaseh zaman dolu dolu.hihi
takpelah nanti bile bace balek 10 tahun lagi..mesti best. yeah! thats y qaseh create blog at lease qaseh boleyh hingat semula.
ok siaran tamat.teett..
series..aku jatuh hati!!!
Thursday, March 10, 2011 ★ 11:13 PM │
Rasenye qaseh jarang tidak pernah share mengenai kisah2 Rasulullah s.a.w. Jadi mulai sekarang qaseh insyaallah JIKA berkesempatan waktu, qaseh akan cuba sedaya upaya mengajak kalian semua menghayati sifat, riwayat hidup rasulullah.dan selainnya.qaseh amat berbangga BERSYUKUR mempunyai NABI seperti baginda.jika dahulu zaman sekolah terutama waktu sekolah petang.
diwaktu petang yang panas..bermulalah sesi pengajaran..teettt..
ustazah pun membebel..mengajar ok sekarang kita semua akan belajar sirah nabi s.a.w..sila bukak m/s....
qaseh pulak bukak la buku tu..erm..qaseh sebenanye time budak hingusan kecik2 dulu..tidak berapa minat beno pasal sejarah nabi ni..bile datang ujian peperiksaan akhir tahun done2 tu la qaseh nak peghabih tenaga nak pulun semua nya..
endingnya..tup tup dapat keputusan.subjek sirah ni la yang markah qaseh paling banyak..ciput..haha padan muke ko qaseh!!
..................................
-->>kembali berkongsi cerita..qaseh tertarik dengan sifat kemuliaan Nabi junjungan kita.dengan itu selamat membaca..maaf terpakse mengcopy paste..sebab qaseh tidak sempat nak edit..hihihihi..
kisah ni diantara pemuda yahudi yang buta telah memeluk agama ISLAM atas dasar tertarik dengan keperEbadian BAGINDA.
Pengemis Yahudi itu begitu memusuhi Islam dan Rasulullah, sehinggakan saban hari pengemis mengutuk dan mencaci Rasulullah. Apa tindakan Rasulullah bila berhadapan dengan Yahudi buta ini? Rasulullah mendekati Yahudi buta ini, saban hari semakin dekat. Rasulullah menjadi penawar duka lara Yahudi buta ini bercerita, sambil bersedekah dan menyuapkan makanan ke mulut Yahudi buta itu. Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh orang lain ketika itu kecuali Rasulullah SAW. Baginda lakukan saban hari sehingga Baginda wafat, tanpa diketahui oleh Yahudi itu bahawa Baginda adalah seorang Rasul yang dihinanya selama ini.
Bila mana Abu Bakar mengambil alih, Abu Bakar cuba untuk melakukan terbaik seperti mana Rasulullah lakukan. Maka Abu Bakar pergi bersedekah dan menemui Yahudi buta itu, lalu menyuapkan makanan seperti yang Rasulullah lakukan. Yahudi buta merasakan kelainan. Lalu ia bertanya kepada Abu Bakar, “siapakah kamu”. Abu Bakar menjawab: “akulah yang selalu datang dan menyuap makanan ke mulut kamu saban hari”. Yahudi buta ini menjawab: “Kamu jangan menipu aku, kerana orang yang menyuap makanan ke mulut aku, begitu jauh bezanya dengan kamu, dari segi kelembutannya”. Mendengar kata-kata itu Abu Bakar sebak dan menangis. Lalu Yahudi buta tersebut bertanyakan Abu Bakar: “kenapa menangis”. Lalu Abu Bakar berterus terang bahawa yang datang saban hari itulah Rasulullah SAW selalu dikutuk dan dihina oleh Yahudi buta itu.
Mendengar kata-kata Abu Bakar, Yahudi buta itu amat menyesal, amat terharu dan menyesali atas segala perbuatannya selama ini terhadap Rasulullah SAW, lantaran memeluk agama Islam. Inilah kehebatan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Persoalan saya, adalah kita begitu tega membiarkan ibubapa keseorangan, bersendirian ketika musim perayaan, atau mungkin ketika mereka sakit atau mungkin meninggal dunia?
...................................
qaseh menyesal ni dulu tak belajo sirah betol2..sekarang baru la nak terhegeh2 nak wat research balek..thats y qaseh nak mereflash semula.sejarah hidup baginda..
sekarang.series qaseh akan mula nak usha2 mengkaji tentang baginda..Aduh..qaseh sudah jatuh hati dengan baginda nabi muhammad sallallah hualaaihiwasallam..
ayuh!!kite sama2 berselawat ke atasnya..dan keluarga baginda..
.....................................
JANGAN EGO..JANGAN KEDEKUT UNTUK MERINGANKAN MULUT KITA BERSELAWAT KEPADA NYA.
TIDAK MALUKAH KITA JIKA TAK BERSELAWAT..SEDANGKAN BAGINDA MASIH MENGINGATI TENTANG UMATNYA.IAITU KETIKA SEMASA NYAWANYA DIHUJUNG2..RENUNGKAN BERSAMA WAHAI SAHABAT..Labels: RASULULLAH S.A.W
kalau da sedia..go on je
Tuesday, March 8, 2011 ★ 3:59 AM │
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…
Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.
Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.
along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.
along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor
bila DIA menduga ku
Tuesday, March 1, 2011 ★ 11:41 PM │
jangan cepat melatah dengan setiap ujian yang diduga pada engkau qaseh.
jangan bersedih di atas yang berlaku pada engkau qaseh.
jangan menyesal atas ape yang dah berlaku pada engkau qaseh.
sebab
qaseh tahu ujian qaseh tak seberape berat kalau nak dibandingkan dengan orang laen di luar sane.
qaseh tahu tidak elok kite nak salahkan takdir
even
qaseh pernah jugak terpikir.terlintas kenape qaseh yang terime ujian sebegini.
sahabat qaseh cakap ALLAH tahu qaseh mampu nak hadapi ni semua.
sahabatku.thanks sebab sudi menghabiskan kredit semate2 nak dengar cerita qaseh.
qaseh sangat hargai.
ambil yang baik.
buang yang buruk
cipta yang baru..
semoga ALLAH merahmati hidupnye.
semoga ALLAH melindungi dia.
semoga ALLAH permudahkan urusan dia.
semoga ALLAH memberi kebahagiaan pada dia.
Labels: luahan
istikharah cinta
Wednesday, February 23, 2011 ★ 5:05 AM │
mix feeling
Sunday, January 30, 2011 ★ 9:13 AM │
salam.
qaseh keseorangan sekarang.huhu..erm.tak apelah sebaek 2 malam je tinggal sorang kat umah ni.
sume osemate ku sudah pulang.
jadi.padan la muke qaseh.sape suruh gatai2 nak join program itulah.inilah.huh
 |
mood: takut
|
hujan tak berenti2 lagi la.macam ne ni.qaseh , aza, sis cahaye,harun,syazwan,hafifi,ecah juge bersame rakan laen nak sertai kembara sri perpatih di seluruh n9 yang bermula 1-6 februari.
tidak apelah kan.erm..mood hari ni hepy..ape taknye..sebanyak 3 biji kereta ( ramai tak ) telah melawatku ke teratakku disini.yiiipiiiii...even sekejap pon mereka datang tapi qaseh terharu sangat.wah.mentang2lah pak lang die bawak kereta grand livina.sume anak2 buahku nak menyumbat macam sardin ke keta tu.huhu..laen kali bagila makcu ni yang naek.korang ni.haisshhh.
 |
mood: hepy |
mood sedeyh pulak sekarang.pagi tadi dalam pukul 11 pagi.ibu kawan qaseh call.makcik tu risau dengan keadaan anaknye di mesir sane.jika nak mengetahui lebih lanjut lagi pasal kejadian yang sedang berlaku di kaherah.rajin2 la ye search di tenet sekarang.nanti bile story kat sini laen lak jadinye.
 |
mood : sedih |
p/s:semalam qaseh hang out dengan besfrends qaseh.cerita selanjutnya anda boleh terjah disini ye
cuti2 mid sem..kuikuikui..
Jawapan Rindu
★ 4:59 AM │
Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini
Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati
Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu
Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih
merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud
...::::jauhkan rindu itu:::::...
Wednesday, January 12, 2011 ★ 3:25 PM │
Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
sweet memory ( daurah )
Tuesday, January 4, 2011 ★ 4:54 PM │
salam...
hujan lebat di luar sana..tido pon sodap ni..hehe
tapi mata qaseh tak mengantok..apa lagi qaseh bukak loker, lappy terus dicapai..yeah..erm qaseh nak watpe ek..ha...actually qaseh da lame nak share pasal cuti semester lepas..semester 3
kebiasaanya majoriti dari kita kalau start je cuti sem..masing2 da ade plan nak g mane la..ape la...tapi betol la kan bile lagi kan nak jenjalan sakan..nanti masuk je sem baru mule lah masing2 sibuk dengan esemen nye..
okeyh3 start cite.....
program ni mule 131210 sampai 301210
name program ni daurah penghayatan remaja islam 2010 sempena adik2 kite cuti sekolah yang lepas..diadakan di masjid sultan salahudin abdul aziz shah.shah alam..MSSASS
jom2 kite ikuti temuramah ini..
ape pendapat qaseh sempena program ni diadakan?
....erm,bagi saye amat bagus.kenape?
yela..kalau nak diikutkan parents besenye akan membawa anak- anak beliau melancong,,,balek ke kampong halaman...jumpe atok nenek...tapi mereka2 ni tidak..thumbs up!! TAPI..yang qaseh agak terkilan ye disini kenape ade sesetengah parents ni da bayar yuran nye..tapi masih gagal menghantar children dorang ke daurah ni ...huhu.mule2 program kehadiran bagus..tapi time minggu ke 2 mule la tak nak datang..
berape ramai facy dan peserta yang sertai?
peserta sangat ramai..700 lebih jugak
facy..lebih kurang 50 org
facy dari unibesiti mane?
ade yang dari USIM..IIC..UITM..KOLEJ ISLAM..
Ape pengalamn baru yang qaseh dapat?
repo...yes repo...asalnye qaseh tak penah dengar ape tu repo..
bile meeting je cakap sal repo..aduss..ape tu??
lame2 baru la qaseh paham rupenye repo membawa maksud perubahan
citenye camni..week 1..hari yang 1 n 2..kami cuba mengajar macam bese..ala yang macam ngajo fardhu ain..tapi..respon anak2 murid kurang memuaskan..jadi kami membuat repo..start hari 3 kami akan memulakan misi baru..iaitu merapatkan hubungan anare facy dan anak2 murid..okeyh alhamdulillah sangat berjaye..
yang ke2..
tentatif langsung tak disediakan
as usual saye kalau join program facy da disediakan tentatif ..tapi kat daurah kali ni...facy2 sendiri yang perah idea..ape lagi2 macam2 la idea menarik yang terkeluar..haha
..:::share perasaan time daurah:::...
gembira : dapat anak2 murid yang baek +nakal+ ngade-ngade2
bangga : buat gaye sambil nyanyi lagu matahari n mari sembahyang depan 700 org pelajar
terharu : pipi qaseh dicium anak2 murid sebelom nak pulang ke rumah mereka
teruja : qaseh suke dengan nasyid ya badratim dan wahai purnama
syukur : dapat solat berjemaah bersama dalam masjid shah alam..sanagt cantek masjid ni
sedih : nak tinggalkan anak2 murid...huhuhu
 |
kenangan dengan anak2 murid ku..qaseh dibantu oleh ain ... |
 |
QASEH JADI KANAK 2 SEKEJAP..MAEN ABC...HAHA
|
 |
izzati ni panggil qaseh mak...wargh...sogan den... |
 |
ANIQ namenye..suke tanye soklan yang mencabar minda |
 |
IRFAN namenye..soklan saye kat die..
irfan kenape taknak maen skali dgn kawan2 laen?
..die jawab..ala irfan nam men nyorok2 bawah kerusi..abes nak men den sape? takpe kite men sorang 2 je..hehe
|
Sixth Sense - Sepi with lyric
Thursday, December 9, 2010 ★ 7:11 AM │
OLDER POST | NEWER POST